Rabu, 27 Januari 2010

JMC Kota Bharu

JobsMalaysia Centre (JMC)

Pusat JobsMalaysia yang lebih dikenali sebagai JMC adalah sebahagian daripada Jabatan Tenaga Kerja Bahagian Pekerjaan, di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diwujudkan bagi mengoperasikan matlamat Khidmat Sokongan Pekerjaan melalui jobsmalaysia.gov.my. Perkhidmatan yang diberikan meliputi 2 kategori ia itu Pencari Kerja dan Majikan.

JobsMalaysia merupakan penjenamaan semula Jobs Clearing System (JCS) adalah portal pencarian dan penjodohan pekerjaan bagi majikan dari sektor awam dan swasta. Portal ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di tempat mereka.

JobsMalaysia merupakan gerbang utama bagi maklumat pasaran tenaga kerja yang boleh dicapai oleh orang ramai, syarikat swasta dan agensi Kerajaan.

Pusat JMC Kota Bharu terletak di Tingkat Bawah, Wisma PERKESO, PT 304 - 307, Jalan Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan. Kini dianggotai oleh 5 orang kakitangan.

Selamat Datang ke JMC






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan