.

Rabu, 24 Februari 2010

Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu

Peluang Kerja Di UiTM Terengganu

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di UiTM Terengganu Kampus Dungun dan Kampus Kuala Terengganu bagi mencapai matlamat 200,000 pelajar menjelang 2015 dan memenuhi Wawasan 2020 Negara.

JAWATAN :

1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45) SECARA TETAP
2. PENSYARAH UiTM (GRED DM41) SECARA KONTRAK
3. PENOLONG PENSYARAH UiTM (GRED 29) SECARA TETAP

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

SYARAT LANTIKAN :-

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Terengganu di http://terengganu.uitm.edu.my/images/stories/pengumuman/iklanmac2010a.doc

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN :-

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA Terengganu yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti, UiTM Terengganu Kampus Dungun atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman web UiTM Terengganu di http://terengganu.uitm.edu.my/

2. Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN – 1 Mac 2010

3. Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
UITM TERENGGANU
23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN


" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan