.

Selasa, 9 Februari 2010

Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI


GRED : DH41

SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) memiliki kelayakan minimum Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Fesyen, ‘Chef Training/Culinary Art’, Penyamanan Udara dan Bahasa Isyarat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan


JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

GRED : DH29


SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) memiliki kelayakan minimum Diploma bidang Sains Kesetiausahaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan


CARA MEMOHON

Hanya permohonan online sahaja akan diterima. Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my/

  • Setiap permohonan adalah sah untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan.
  • Pemohon yang melepasi asas tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya akan menerima panggilan temu duga.
  • Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8871 7477 atau melalui iForum.
" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan