.

Selasa, 9 Februari 2010

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan (R3) di Kementerian Dalam Negeri.

JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN GRED R3

KLASIFIKASI : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir

KUMPULAN : Sokongan

KEKOSONGAN : Enam belas (16) kekosongan :-

i. Tiga (3) jawatan di Putrajaya
ii. Satu (1) jawatan di Kedah
iii. Lima (5) jawatan di Johor
iv. Dua (2) jawatan di Terengganu
v. Dua (2) jawatan di Pahang
vi. Tiga (3) jawatan di Sabah

JADUAL GAJI : Gred R3

P1T1 RM 701.42 – P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 – P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 – P3T17 RM 1493.59

SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;
(d) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)];
(e) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
(f) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

TARAF JAWATAN : Tetap

CARA MEMOHON

Hanya permohonan online sahaja akan diterima. Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my/.

Tarikh tutup permohonan : 22 Februari 2010

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan