.

Rabu, 3 Mac 2010

Jawatan Kosong di IKIM

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

(a) Jawatan : Pemandu
(b) Kumpulan : Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Tetap
(d) Tempoh Percubaan : 2 Tahun

SYARAT LANTIKAN


Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan
  • Memiliki lesen memandu Kelas D, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. 
BIDANG TUGAS

Bertanggungjawab memeriksa dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memandu. Membersihkan dan menyelenggara kenderaan. Membawa pegawai dan kakitangan.

CARA PERMOHONAN


Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)


Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189



(Nyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 Mac 2010 (Isnin)

Rujuk pada iklan

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan