.

Isnin, 1 Mac 2010

Jawatan Kosong Di Kementerian Pertahanan

Jawatan Kosong Di Kementerian Pertahanan

Jika anda adalah warganegara Malaysia yang berkelayakan, anda adalah dipelawa untuk
memohon mengisi jawatan-jawatan kosong berikut :-

(a) Jawatan : Tukang K3
(b) Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
(c) Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas : Tukang Kayu
(d) Kekosongan : 22 [Kekosongan hanya terdapat di negeri Kedah, Selangor, Johor,Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Melaka.]

(a) Jawatan : Pemandu Kenderaan
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Ringkasan Tugas : Memandu dan menyenggara kenderaan seperti lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk kegunaan Kementerian Pertahanan.
(d) Kekosongan : 10 [Kekosongan hanya terdapat di negeri Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur,dan Terengganu.]

(a) Jawatan : Pekerja Awam Khas
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Ringkasan Tugas : Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja yang menggunakan tenaga seperti menjaga kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas
stor atau bengkel.
(d) Kekosongan : 1 [Kekosongan hanya terdapat di negeri Johor.

(a) Jawatan : Atendan Kesihatan
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Ringkasan Tugas : Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit,
penyediaan peralatan berkaitan, mengambil dan merekod data pesakit dan sebagainya di unit-unit tertentu.
(d) Kekosongan : 5 [Kekosongan terdapat di negeri Kuala Lumpur, Perak dan Kedah.]

(a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat (Pelayan Mes)
(b) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
(c) Ringkasan Tugas : Bertanggungjawab mengemas dan menjaga kebersihan dewan makan di mes pegawai ATM. Mengatur serta memastikan kebersihan perkakas hidangan yang digunakan seperti sudu garpu, cawan, pinggan dan lain-lain sebelum dan selepas digunakan. Menghidang makanan yang telah disediakan oleh Tukang Masak pada waktu-waktu yang telah ditetapkan ke dewan makan.
(d) Kekosongan : 66 [Kekosongan terdapat di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor,Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang.]

(a) Jawatan : Pekerja Awam
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Ringkasan Tugas : Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja yang menggunakan tenaga seperti menjaga kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas stor atau bengkel.
(d) Kekosongan : 123 [Kekosongan terdapat di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Perak.]

(a) Jawatan : Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
(b) Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
(c) Ringkasan Tugas : Memandu dan menyenggara kenderaan seperti lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk kegunaan Kementerian Pertahanan.
(d) Kekosongan : 3 [Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Kelantan dan Perak.]

Syarat Lantikan Yang Lengkap Boleh Di Rujuk Di Iklan

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan melayari terus melalui laman web : http://www.jobsmalaysia.gov.my/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 12 Mac 2010.(Jumaat)

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan