.

Isnin, 10 Mei 2010

Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010

Iklan Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah bagi mengisi jawatan berikut :

Jawatan : Penyelia
Tempoh Perkhidmatan :14 Jun hingga 10 Sept. 2010
Gaji Harian (Belum Termasuk Elaun) : RM 52.37 sehari
Tarikh Tutup Permohonan :15 Mei 2010

Syarat-Syarat Pengambilan :

  •  Kelulusan Akademik dan Pengalaman : Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Umur Minimum : 18 tahun pada tarikh temuduga.
  • Bahasa : Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan penyeliaannya.
  • Berkebiasaan dengan Kawasan : Seberapa boleh calon hendaklah terdiri daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan.
  • Pengangkutan : Keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutamanya bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar.
  • Kematangan : Matang dan berkebolehan melatih dan menyelia Pembanci di bawah jagaannya.
Jawatan : Pembanci
Tempoh Perkhidmatan : 28 Jun hingga 22 Ogos 2010
Gaji Harian (Belum Termasuk Elaun) : RM 35.73 sehari
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mei 2010

Syarat-Syarat Pengambilan :
  • Kelulusan Akademik dan Pengalaman : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Bahasa : Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan bancian.
  • Berkebiasaan dengan Kawasan : Seberapa boleh calon hendaklah dipilih daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan.
  • Pengangkutan : Keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutama bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar.
Cara Memohon
  1. Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat Daerah Dan Tanah yang berhampiran di mana calon tersebut akan berkhidmat atau di Pejabat Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia. ( Bagi Negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor borang-borang boleh diperolehi/ dihantar ke Pejabat Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia atau Jabatan Penerangan Negeri/Daerah ) atau DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
  2. Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:-
  • Gambar berukuran pasport (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan);
  • 1 salinan kad pengenalan yang disahkan;
  • Salinan Diploma dan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan yang disahkan;
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Pejabat Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia atau Jabatan Penerangan Negeri/Daerah

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan