.

Ahad, 20 Jun 2010

Temuduga Terbuka Proton

Temuduga Terbuka Proton

Tarikh : 27 Jun 2010 ( Ahad )
Masa : 9.00 pagi - 1.00 ptg
Tempat : Dewan Gelanggang Seni, Jalan Mahmood, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Tugas & Tanggungjawab :
Terlibat secara langsung dalam pemasangan kenderaan bermula dari pemasangan badan kenderaan, mengecat dan pemasangan komponen kenderaan ( merapi & akhir )

Kelayakan : -
1. SPM / Sijil Kemahiran-MLVK / Giat Mara atau setaraf
2. Umur 18 - 26 tahun
3. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna

Syarat-Syarat :-
1. Bawa kad pengenalan, sijil asal dan salinan
2. Pakaian kemas dan berambut pendek
3. Tidak dibenarkan memakai seluar jean dan t-shirt berkolar bulat semasa menghadiri temuduga
4. Bawa alat tulis.

Kepada sesiapa yang layak dan berminat sila hubungi PTK Kota Bharu di telefon : 09-7481870 (Puan Maryati) atau hadir ke Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu di Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam, Kota Bharu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan