.

Selasa, 10 Ogos 2010

Jawatan Kosong di MIROS

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Setiausaha Pejabat N27
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
3. Pembantu Penyelidik Q17
4. Pembantu Am Pejabat N1

(a) Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan Sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat (jika menggunakan perkhidmatan pos).

(b) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: http://www.miros.gov.my/ atau datang sendiri ke Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 125 - 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada julia@miros.gov.my (Julia binti Abdul Jalil)

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil akademik hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti yang dinyatakan di atas atau melalui emel ke alamat : hr@miros.gov.my

TARIKH TUTUP : 16 Ogos 2010

[IKLAN LENGKAP]
[DOWNLOAD BIORANG PERMOHONAN]


" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan