.

Isnin, 20 Jun 2011

Jawatan Kosong Di (TESDEC)

Jawatan Kosong Di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Permohonan Adalah Dipelawa Daripada Semua Warganegara Malaysia Yang Berkelayakan Bagi Mengisi Kekosongan Jawatan Berikut :

1. Pensyarah (Automotif) Gred DG41
2. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
3. Tenaga Pengajar (Mekanik Motosikal) Gred J17

Cara - Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan kosong TESDEC (borang KT/B/PS/PSM-02/01) yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu ( TESDEC ) atau melayari laman web: http://www.tesdec.edu.my

2. Calon-calon yang ingin memohon borang permohonan melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm yang beralamat sendiri dengan setem 50 sen.

3. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan butir-butir peribadi, salinan kelulusan, pengalaman kerja, gaji semasa/terakhir dan gaji yang dipohon berserta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan). Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

Kolej TESDEC
d/a Kawasan Perindustrian Bukit Khor,
21600 Marang, Terengganu
( u/p : Bahagian Sumber Manusia )

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas tidak lewat daripada 30 Jun 2011 (Khamis) sebelum jam 5.00 petang.

[SYARAT LANTIKAN]
[BORANG PERMOHONAN]


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan