.

Khamis, 9 Jun 2011

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) melibatkan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) menjalankan program secara Corporate Social Responsibility (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menggunakan institusi latihan sedia ada.

Majlis Pelancaran Program SL1M telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Jun 2011 di Pejabat Perdana Menteri.

Pada permulaan sebanyak 25 GLC dan Bank Negara Malaysia menjayakan program ini serta akan melibatkan lebih banyak GLC dan syarikat swasta pada masa akan hadapan.

Objektif
Untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Ciri-ciri Umum dan Pendekatan Pelaksanaan Program SL1M
  1. Institusi pelaksana adalah terdiri daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
  2. Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
  3. Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;
Kriteria Pemilihan Peserta & Kumpulan Sasaran
  1. Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 2.5.
  2. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011.
  3. Kumpulan sasaran adalah Graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mendaftarkan diri melalui borang permohonan (application form)/permohonan atas talian (online register) dilaman web organisasi/GLC yang terlibat.

Senarai Syarikat Yang Terlibat

Bank Negara Malaysia dan 25 organisasi/GLC terlibat dalam Fasa Pertama. Senarai GLC yang mengambil bahagian dalam menjayakan program SL1M Fasa 1 [klik link syarikat di bawah atau klik Modul ORGANISASI dari website SL1M ]:
  1. Affin Holdings Berhad
  2. Amanah Raya Berhad
  3. Axiata Group Berhad
  4. Bank Negara Malaysia
  5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
  6. Bousted Holdings Berhad
  7. Chemical Company of Malaysia Berhad
  8. CIMB Group Berhad
  9. Khazanah Nasional Berhad
  10. Lembaga Tabung Haji
  11. Malayan Banking Berhad
  12. Malaysia Airports Holding Berhad
  13. Malaysia Building Society Berhad
  14. Malaysian Airlines System Berhad
  15. Malaysian Resources Corporation Berhad
  16. MIMOS Berhad
  17. Perbadanan Nasional Berhad
  18. Permodalan Nasional Berhad
  19. Petroliam Nasional Berhad
  20. Sime Darby Berhad
  21. SIRIM Berhad
  22. Telekom Malaysia Berhad
  23. Tenaga Nasional Berhad
  24. UDA Holdings Berhad
  25. UEM Group Berhad
  26. UMW Holdings Berhad
Kemudahan/Faedah Sepanjang Latihan

Kemudahan/faedah yang diberikan bergantung kepada organisasi/GLC masing-masing. Sila layari laman web organisasi/GLC yang terlibat untuk maklumat lanjut.

Hubungi untuk maklumat lanjut Mengenai Skim Latihan 1Malaysia

Urusetia Skim Latihan 1Malaysia
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya

Tel : 03-8872 3292
Faks : 03-8888 3857

Emel : sl1m@epu.gov.my
Laman Web : http://www.epu.gov.my/sl1m


" anok kelatae bulih krejo belako "
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan