.

Rabu, 27 Julai 2011

Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Kerajaan

Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri

Semua pengambilan dan pengisian jawatan dibekukan dan semua jawatan kosong di semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri dimansuhkan. Kenyataan ini di keluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui surat JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld 3(17) bertarikh 20 Mei 2011.

Surat itu juga menyatakan bahawa jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat atau jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah dikecualikan. Keputusan ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat (Lean Civil Service)

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Mei 2011. Keputusan pemansuhan jawatan kosong ini telah mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.

[SURAT]

2 ulasan: