.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jawatan Kosong Di FINAS

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf pembekal khidmat seperti berikut :-

1. Pegawai Tadbir
2. Pembantu Tadbir
3. Penyunting Video (Editor)
4. Eksekutif Pemasaran

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

(d) Tarikh tutup: 22 Ogos 2011



[SYARAT KELAYAKAN]
[BORANG PERMOHONAN]

[PEMOHON BOLEH JUGA DATANG KE JMC KOTA BHARU UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN]
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan