.

Isnin, 8 Ogos 2011

Jawatan Kosong Di KIPSAS

Jawatan Kosong Di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) mempelawa Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. Pensyarah DM41
2. Kaunselor S41
3. Pegawai Tadbir N41
4. Setiausaha Pejabat N27
5. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
6. Pembantu Am Pejabat N1

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat diminta mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rasmi Permohonan Jawatan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang boleh diperolehi dari Pejabat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sama ada melalui Pos dengan menyertakan sampul surat 15cm x 22cm bersetem RM0.60 dan beralamat sendiri berserta Wang Pos sebanyak RM10.00 di atas nama SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PAHANG SDN. BHD. atau datang sendiri ke KIPSAS.

2. Calon-calon juga boleh menggunakan borang permohonan yang boleh dimuaturun dari laman web KIPSAS dengan menyertakan yuran pemprosesan dengan menggunakan wang pos sebanyak RM10.00 di atas nama SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PAHANG SDN. BHD.

3. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Ogos 2011. Hanya calon-calon disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

5. Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada datang sendiri ke Pejabat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah atau melalui telefon di talian 09-591 5353 atau 09-5915355/5322/5326 (Unit Pentadbiran)

6. Borang permohonan yang telah diisi dan disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan dan telah diakui sah, hendaklah dihantar kepada :

Presiden
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
KM 8, Jalan Gambang
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
(u.p : Unit Pentadbiran)

Tel : 09-591 5353 Faks : 09-536 4421
http:www.kipsas.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Ogos 2011

[SYARAT LANTIKAN]
[BORANG PERMOHONAN]

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan