.

Rabu, 28 September 2011

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Langkawi

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa J29
3. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
4. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa J17
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
6. Pembantu Penguatkuasa N17
7. Pembantu Laut A17
8. Pemandu Kenderaan R3

Cara Memohon

i) Borang permohonan boleh didapati dengan mengambil sendiri di Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan 07000 Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman atau melayari laman web majlis - www.mplbp.gov.my.

ii) Borang yang lengkap diisi hendaklah berserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan sijil-sijil kelulusan yang diperakui sah sebagai salinan sebenar. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
07000 Kuah, Langkawi
Kedah Darul Aman

[SYARAT KELAYAKAN]
[BORANG PERMOHONAN]

Tarikh Tutup Permohonan: 2 Oktober 2011


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan