.

Ahad, 9 Oktober 2011

Jawatan Kosong Di ASWARA

Jawatan Kosong Di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Penolong Pegawai Tadbir N27
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
3. Pembantu Setiausaha Pejabat N17/Setiausaha Pejabat N27

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my
b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijilsijil yang berkaitan yang telah disahkan.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.
d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon.
e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 10 OKTOBER 2011.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tel : 03-2697 1777 / 03-2697 1163 / 5448 / 5258

[SYARAT LANTIKAN]
[BORANG PERMOHONAN]

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Oktober 2011

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan