.

Selasa, 15 November 2011

Program Pensiswazahan Guru

Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Ambilan 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/ Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Syarat dan Kelayakan Asas

·      Warganegara Malaysia.
·      Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
·      Berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir pada atau selepas 1965).
·      PPPLD yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun.
·      Telah disahkan dalam jawatan.
·      Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
·      Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.


Cara Mengemukakan Permohonan

·      Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my mulai 17 Oktober 2011 (Isnin) bermula jam 10.00 pagi.
·      Ca lon dinasihat kan melayari dahulu laman sesawang berkenaan untuk meneliti Panduan Permohonan dan memahami tatacara membuat permohonan secara dalam talian ini.
·      Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
·      Maklumat permohonan yang tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Peningkatan Akademik dan Kompetensi)

No. Telefon : 03-8884 1091/1269/1273/1270

Tarikh Tutup Permohonan : 27 November 2011 (Ahad) sebelum 11.59 malam.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan