.

Jumaat, 2 Disember 2011

Jawatan Kosong Di UMT

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan- jawatan seperti berikut :-

1. Pegawai Keselamatan      
2. Pegawai Kewangan 
3. Penolong Pegawai Sains   
4. Pembantu Tadbir (P/O)    
5. Pembantu Pembedahan Pergigian      
6. Pembantu Tadbir (Kewangan)   
7. Pembantu Pertanian
8. Pensyarah Universiti
9. Profesor
10. Profesor Madya


Cara Permohonan

1. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem eRecruitUMT (permohonan jawatan atas talian)
2. Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini
3. Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
4. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Untuk jawatan bukan akademik, calon-calon tidak perlu mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada kami selepas mengisi secara ONLINE. Pihak kami akan menghubungi calon-calon yang disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja untuk tindakan selanjutnya.
6. Untuk jawatan akademik, selepas mengisi secara online, calon perlu mengemukakan dua (2) Laporan Pengadil bagi setiap permohonan dan ia perlu dihantar bersama-sama dengan cetakan maklumat secara online dan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan benar :-.

          i.             Kad Pengenalan/Pasport;
        ii.             Sijil-sijil Akademik (SPM/Sarjana Muda/Sarjana/PhD) termasuk transkrip penuh peperiksaan;
       iii.             Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar negara atau institusi pengajian swasta)
      iv.             Sijil-sijil Ko-Kurikulum;
        v.             Salinan Rekod Perkhidmatan yang terkini (Penjawat Awam);
      vi.             Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Penjawat Awam);
     vii.             Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Swasta);
    viii.             Salinan slip gaji terakhir;
      ix.             Biodata lengkap (CV) yang mengandungi senarai aktiviti pengajaran, penyelidikan, contoh-contoh penerbitan dan perundingan.

7. Sila nyatakan jawatan yang dimohon dan fakulti dipenjuru kiri muka hadapan sampul surat dan kemukakan semua dokumen tersebut (untuk jawatan akademik sahaja) kepada alamat Pejabat Pendaftar UMT seperti alamat tertera di bawah.

  
Tarikh Tutup Permohonan :

Jawatan Bukan Akaademik : 14 Disember 2011

Jawatan Akademik : Sepanjang Tahun.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan