.

Selasa, 17 Januari 2012

Jawatan Kosong Guru MRSM

Jawatan Kosong Di MRSM Gemencheh

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh seperti yang tercatat dibawah:-

Jawatan :          Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Subjek Pendidikan Islam) - 7 Kekosongan

Taraf Jawatan : Sambilan (Gred DC 41)
Penempatan :    Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh
Jadual Gaji :      Gaji Harian   -   RM 100 (Sehari)

Syarat lantikan:  

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan 
ATAU;
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan

DAN;
Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Calon-calon boleh menghafaz Al-Quran adalah diutamakan

Cara Memohon :

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan perlu membuat permohonan secara bertulis (beserta resume) dengan gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, surat beranak serta sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN BENAR dan dihantar ke alamat berikut: -

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh,
KM  37, Jalan Tampin Gemas, Kampung Sungai Dua,
73200 Gemencheh, Negeri Sembilan

Telefon : 06-4348755/528

Tarikh Tutup       :     20 Januari 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan