.

Ahad, 11 Mac 2012

Jawatan Kosong di FAMA

Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:-

Bil
Jawatan
Gred
1.
Pegawai Ehwal Ekonomi  
E41
2.
Pegawai Tadbir  
N41
3.
Jurutera  
J41
4.
Akauntan  
W41
5.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat  
F29
6.
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi  
E27
7.
Setiausaha Pejabat  
N27
8.
Penolong Juruaudit  
W27
9.
Juruteknik Komputer  
FT17
10.
Pembantu Akauntan  
W17
11.
Pembantu Juruaudit  
W17
12.
Pembantu Ehwal Ekonomi  
E17
13.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)  
N17


Cara Memohon :
  1. Pemohon perlu mendaftar dan mengisi borang secara online di laman web http://inovasi.fama.gov.my/jv/   
  2. Hanya permohonan secara online sahaja akan diterima dan diproses.
  3. Tarikh permohonan dibuka bermula pada 7 Mac 2012 hingga 18 Mac 2012. 

Cara Pelaksanaan : 
  1. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. 
  2. Hanya calon-calon yang layak sahaja selepas tapisan sahaja akan dihubungi oleh Cawangan Pengurusan Sumber Manusia FAMA untuk sesi pemilihan.  
  3. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya. 
  4. Pemohon yang  mempunyai kelayakan Sijil / Diploma  / Ijazah  dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui http://pengiktirafan.gov.jpa.my/ dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri seisi temuduga.

Semasa Menghadiri Temuduga :

Calon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan salinan fotostat  YANG TELAH DISAHKAN seperti berikut :
  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM (V);
  • Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir  daripada pusat-pusat pengajian;
  • Siji-sijil Persekolahan
  • Lain-lain kelayakan yang disyaratkan
Tarikh Tutup Permohonan :  18 Mac 2012.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan