.

Selasa, 27 Mac 2012

Jawatan Kosong Di LPP

Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia  yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

Jawatan

Bil
Jawatan
Gred
Bil Kekosongan
1.
Pegawai Ehwal Ekonomi
E41
9
2.
Jurutera
J41
1
3.
Pegawai Teknologi Maklumat
F41
1
4.
Pegawai Undang-undang
L41
1
5.
Penolong Pegawai Undang-undang
L29
1
6.
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
E27
14
7.
Penolong Akauntan
W27
5
8.
Pembantu Ehwal Ekonomi
E17
62
9.
Pembantu Akauntan
W17
15
10.
Juruteknik
J17
1
11.
Pembantu Am Pejabat
N1
2
12.
Pemandu
R3
10

Cara Memohon:

(i)        Bagi Calon-Calon Luar LPP

(a)     Permohonan dari calon-calon luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah dibuat melalui laman web Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my
(b)     Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke Lembaga Pertubuhan Peladang.
(c)     Setiap pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja.
 
(ii)       Bagi Anggota Lantikan LPP

Permohonan dari kalangan  “staff”  LPP hendaklah menggunakan  ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman web LPP (http://www.lpp.gov.my) dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat. Pemohon tidak perlu mendaftar di laman web JobsMalaysia.


Tarikh Tutup Permohonan : 09 April 2012 (Isnin)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan