.

Khamis, 15 Mac 2012

Jawatan Kosong Di MIROS

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa caloncalon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1.       Pegawai Penyelidik Q41, Q43, Q47, Q51, Q53
2.       Pegawai Penyelidik Sosial N48
3.       Pegawai Teknologi Maklumat F41
4.       Pegawai Penerbitan N41
5.       Pembantu Penyelidik Q17
6.       Pembantu Penerbitan N17
7.       Setiausaha Pejabat N27


Cara Memohon :

a)       Pemohon perlu menghantar  borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan  hantar permohonan mengunakan perkhidmatan pos.
b)       Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS:  www.miros.gov.my.
c)       Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta  salinan  sijil-sijil akademik hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:

Unit Pentadbiran,
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

d)       Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada hr@miros.gov.my
e)       Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.
f)       Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan atas lantikan tetap dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Saluran Tertentu di jabatannya dan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi terkini.

Tarikh  tutup permohonan pada 31 Mac 2012.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan