.

Ahad, 4 Mac 2012

Temuduga Terbuka Di JTK Kota Bharu

Temuduga Terbuka Sime Darby Plantation Sdn Bhd

Temuduga Terbuka bagi mengisi jawatan-jawatan di Sime Darby Plantation akan diadakan seperti berikut :-


Tarikh
:
14 Mac 2012 (Rabu)
Masa
:
9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat
:
Pejabat Tenaga Kerja Negeri Kelantan
Aras Bawah, Wisma Persekutuan,
Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu



( No. Tel : 09-7481870) (Puan Maryati Ali)


Tawaran Pekerjaan Di Kilang/Ladang Kelapa Sawit Sime Darby Plantation Sdn Bhd

Kekosongan Jawatan

A. Kilang Kelapa Sawit
1.  Pekerja Am – Operator Stesen
2.  Pekerja Am – Pengambil Sampel Makmal
3.  Pekerja Am – Aprentis Bengkel (Workshop Apprentice)

B. Ladang Kelapa Sawit
1.  Pemotong Buah (Harvester)
2.  Pekerja Am Ladang

Syarat-Syarat Kelayakan

•        Warganegara Malaysia
•        Lelaki bujang
•        Berumur dari 18 hingga 40 tahun
•        Sihat tubuh badan
•        Keupayaan asas boleh membaca dan menulis
•        Berminat bekerja dalam bidang perladangan atau perkilangan kelapa sawit

Faedah Gaji

Gaji dan faedah pekerja adalah tertakluk kepada Perjanjian Bersama (Collective Agreement) dengan Kesatuan Sekerja (MAPA/NUPW)

•        Gaji Bulanan - Minima RM 650 dan boleh mencapai lebih dari RM 1,200 sebulan bergantung kepada produktiviti pekerja dan syarat-syarat syarikat
•        Insentif - Elaun Tambahan RM 200 sebulan (tertakluk pada syarat-syarat)

Senarai Kemudahan Lain

Sime Darby Plantation juga menawarkan faedah-faedah tambahan seperti berikut:

•        Elaun penempatan RM50
•        Keperluan asas - cadar, baldi dan sebagainya
•        Keperluan kediaman - dapur, gas, tilam dan lain-lain
•        Bantuan persekolahan anak-anak
•        Saguhati perayaan
•        Elaun kredit telefon

Sebarang maklumbalas dan pertanyaan, sila hubungi pegawai Sime Darby, En Khairulamin bin Sari’at di talian 017-729 7829 atau melalui emel khairulamin.sariat@simedarby.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan