.

Isnin, 2 April 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Koko Malaysia

Jawatan Kosong Di Lembaga Koko Malaysia

Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap dan Sementara di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:-

1. Pegawai Penyelidik (3 Kekosongan)
2. Penolong Pegawai Penyelidik (1 Kekosongan)
3. Penolong Akauntan (1 Kekosongan)

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Web Lembaga di alamat www.koko.gov.my atau mengambil sendiri di Pejabat Lembaga Koko Malaysia.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Isnin, 16 April 2012 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

Ketua Pengarah
Lembaga Koko Malaysia
Tingkat 5, 6 & 7 Wisma SEDCO,
Lorong Plaza Wawasan
Off Coastal Highway
Beg Berkunci 211
88999 Kota Kinabalu, Sabah.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



Tarikh Tutup Permohonan : 16 April 2012 (Isnin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan