.

Selasa, 8 Mei 2012

Jawatan Kosong Di KESEDAR

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi memenuhi Visi dan Misi KESEDAR.

Bil
Jawatan
Gred
1
 Pegawai Tadbir
 N41
2
 Penolong Pegawai Tadbir
 N27
3
 Penolong Pegawai Rancangan Tanah
 G27
4
 Pembantu Pembangunan Masyarakat
 S17
5
 Juruaudio Visual
 N17
6
 Pemandu Kenderaan
 R3
7
 Pembantu Am Pejabat
 N1
8
 Pekerja Awam
 R1


Perhatian Kepada Pemohon

a)           Permohonan hendaklah dibuat didalam  borang LKKS 1- Pin. 1/05 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yangboleh didapati melalui laman web KESEDAR di www.kesedar.gov.my .atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang,  Kelantan.
b)           Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan  dan disertakan salinan sah Kad Pengenalan, Sijil lahir, Sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma – jika berkenaan) dan sekeping gambar berukuran passport.
c)            Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan dan laporan nilaian prestasi terkini.
d)           Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga.
e)           Tarikh Tutup permohonan ialah pada 15 Mei 2012.
f)            Sila kemukakan permohonan kepada:

Pengurus
Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat KESEDAR
18300 Gua Musang
Kelantan

No. Tel: 09-9132200  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan