.

Isnin, 27 Ogos 2012

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Siri 48/13

TUDM amat mengalu-alukan semangat dan minat warganegara Malaysia untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bagi mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara, bangsa dan agama. Sehubungan dengan itu, TUDM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat hadir di lokasi-lokasi berikut untuk Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM.


Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan diberi kepada calon-calon yang lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:

i.      Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, atau
ii.     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan.

Lain-Lain Kelayakan

i.      Warganegara Malaysia Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2012.
ii.     Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.Pendengaran dan penglihatan baik serta tidak kabur warna (Diuji di Pusat Pemilihan).
iii.     Diperakui sihat dan Tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
iv.    Ukuran badan minima:

Ukuran
Lelaki
Wanita
Tinggi
162 sm
157 sm
Berat
47.5 kg
40.5 kg
*BMI
18-25
18-25
Ukuran dada biasa
76 sm
-

Pusat-Pusat Pemilihan

Sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstoking di Pusat-Pusat Pemilihan yang tercatat di bawah.

Masa Pendaftaran: 8.30 pagi hingga 9.00 pagi

Tarikh
Hari
Lokasi
Pusat Pemilihan
Calon
08 Sept 2012
Sabtu
Kota Bharu, Kelantan
Sek. Men. Keb. Long Gafar
Lelaki

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki membawa bersama salinan ASAL dan satu salinan FOTOSTAT dokumen berikut:

•      Sijil SPM/SPMV
•      SKM Tahap 2 keatas
•      Kad Pengenalan
•      Sijil Kelahiran
•      Sijil Berhenti Sekolah
•      Lain-lain sijil kemahiran (Jika ada)
•      Calon-calon yang memegang laporan kehilangan kad pengenalan (JPN 1/11 boleh dipertimbangkan dengan syarat telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara)
•      Sebagai tambahan sila bawa sekeping gambar warna ukuran passport (tidak dikembalikan)
•      Sampul surat bersaiz A4 beralamat sendiri bersetem RM1.00
•      Pen dakwat kering (biru/hitam)


1 ulasan:

  1. Selamat menghadapi temuduga bagi mereka yang berminat untuk menjaga kedaulatan angkasa negara.
    Dapatkan Panduan kerjaya TUDM

    BalasPadam