.

Rabu, 26 September 2012

Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF

Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

1.   Nama Program:               Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
2.   Mod Latihan:                  Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
3.   Tempoh Pengajian :         18 Bulan


Cara Mengemukakan Permohonan

i.      Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang  Kementerian  Pelajaran  Malaysia di alamat :   http://www.moe.gov.my   mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.
ii.     Permohonan  dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan  Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai   26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter,  mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
iii.     Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my  bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
iv.    Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
v.     Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang  tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
vi.    Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan

3 Oktober 2012 (Rabu),  Jam : 11.59 Malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan