.

Ahad, 23 September 2012

Jawatan Kosong Di SME Corp

Jawatan Kosong Di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp)

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Jawatan-jawatan kosong adalah seperti berikut:

Pengurus Kanan, Gred 6 (Gred setara E48)



Cara Memohon

i.      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my
ii.     Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
iii.     Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatanmasing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
iv.    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

Ketua Eksekutif
Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)
Level 6, SME 1, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)

v.     Penghantaran borang permohonan dalam bentuk salinan soft copy juga boleh dihantar melalui emel ke alamat : hr@smecorp.gov.my tanpa perlu disertakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan (seperti sijil kelayakan akademik, kad pengenalan dan sijil-sijil lain yang berkaitan). Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen ini perlu dibawa bersama semasa sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan : 28 September 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan