.

Isnin, 17 September 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan  sebuah Institusi Pengajian Tinggi  Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19.  Universiti Malaysia Kelantan (UMK)  ialah Universiti berteraskan  keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan  dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli  sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu  pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :

Jawatan Bukan Akademik

Bil
Nama Jawatan 
Gred
Taraf
1.
Pegawai Veterinar
G41
Tetap
2.
Pegawai Tadbir
N41
Sementara
3.
Penolong Pengurus Asrama
N27
Sementara
4.
Penolong Pegawai Tadbir
N27
Sementara
5.
Juruteknik Ukur 
J17
Tetap
6.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N17
Sementara
7.
Penyelia Asrama
N17
Sementara


Cara Memohon

Borang permohonan boleh diisi secara online di http://jobs.umk.edu.my/
(Pemohon tidak perlu menghantar salinan hardcopy borang permohonan)

Tarikh Tutup Permohonan : 20 September 2012

Keterangan Am

a)     Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan borang secara ‘online’ dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.
b)     Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh  enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap  TIDAK BERJAYA.
c)     TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan