.

Rabu, 5 September 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Jawatan Kosong Di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap dan kontrak seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

Jawatan

1.     Pegawai Belia Dan Sukan
2.     Pegawai Farmasi
3.     Pegawai Perubatan
4.     Pegawai Psikologi
5.     Pegawai Penyelidik Sosial
6.     Penolong Jurutera (Elektrik)
7.     Penolong Pengurus Asrama
8.     Penolong Pegawai Penerbitan
9.     Artis Budaya Gred
10.   Ahli Muzik
11.   Pembantu Pembedahan Pergigian


Cara Memohon

i.      Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos, bernilai RM5.00 dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’ atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM.
ii.     Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
iii.     Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
iv.    Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

 Tel : 04-928 3864/4131

v.     Maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas dan syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui Laman Web berikut : http://www.pendaftar.uum.edu.my/

vi.    Tarikh tutup permohonan : 20 September 2012 (Khamis)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan