.

Selasa, 2 Oktober 2012

Jawatan Kosong Di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan

Jawatan Kosong Di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

ASWARA memerlukan kumpulan baru yang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangat berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA.

Warganegara Malaysia yang mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, bersedia menghadapi cabaran untuk menyertai dunia pendidikan seni budaya dan warisan adalah dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut:-

1.      Pembantu Am Pejabat
2.      Pemandu Kenderaan

Cara Memohon
a)     Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my
b)     Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.

c)     Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon bersama-sama dokumen-dokumen yang telah disahkan:
i.      sekeping gambar terbaru berukuran passport;
ii.     salinan sijil kelahiran;
iii.     salinan kad pengenalan;
iv.    salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan;
v.     salinan lesen memandu yang dimiliki (bagi jawatan 2); dan
vi.    sesalinan resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan.

d)     Permohonan yang tidak lengkap seperti berikut akan ditolak:
i.      tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
ii.     tidak lengkap atau tidak terang;
iii.     tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditretapkan dalam iklan;
iv.    tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat; dan
v.     tidak ditandatangani dan disahkan.

e)     Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 15 OKTOBER 2012.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 03-2697 1777 / 1128 / 5258 / 1149


Tarikh Tutup Permohonan: 15 Oktober 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan