Khamis, 18 Oktober 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.

Jawatan :

Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat)
Gred 31 - Kontrak (5 Kekosongan)


Kelayakan

Memiliki diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Dan

Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurangkurangnya 2.70 dan ke atas bagi diploma yang berkenaan.

Dan

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kriteria Yang Diperlukan

•      Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik.
•      Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.
•      Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.
•      Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.
•      Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan, seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.

Skim Gaji Jawatan

RM2,198.00 – RM7,065.00

Cara Memohon

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my  

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Maklumat Temu Duga

Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu:-

•      Paparan di Laman Web Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”); dan
•      Melalui Surat

Pemohon juga dinasihatkan sentiasa menyemak Laman Web Rasmi LHDNM untuk mengetahui sebarang perkembangan maklumat terkini berhubung tawaran jawatan berkenaan.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2012 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan