.

Rabu, 17 Oktober 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

Jawatan Kosong Di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara mempelawa orang ramai yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

Bil
Jawatan
Gred
Bil Kekosongan
1.
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
E27
4
2.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N17
6
3.
Pegawai Khidmat Pelanggan
N17
1
4.
Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat
N17
1
5.
Pembantu Ehwal Ekonomi
E17
10
6.
Pemandu Kenderaan
R3
2



Kelayakan Dan Cara Memohon :

a)     Maklumat terperinci mengenai iklan boleh dirujuk di Laman Web Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) iaitu http://www.lktn.gov.my.

b)     Permohonan jawatan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh didapati dari Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Peti Surat 198, 15720 Kota Bharu, Kelantan atau dalam Laman Web LKTN.

c)     Pemohon perlu melampirkan bersama borang permohonan bagi salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

i)      Kad Pengenalan
ii)     Sijil Kelahiran
iii)     Sijil-sijil persekolahan dan kelayakan akademik termasuk transkrip yang diperakukan
iv)    Dokumen lain yang berkaitan, jika ada

d)     Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut.

e)     Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Ketua Pengarah 
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Peti Surat 198,
Kubang Kerian
15720, Kota Bharu Kelantan.
(u.p. : Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan sebelum atau pada 28 Oktober 2012 (Ahad).

Permohonan yang tidak memenuhi syarat atau lewat diterima tidak akan dilayan. Sekiranya tuan tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan, permohonan tuan dianggap tidak berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan