.

Ahad, 7 Oktober 2012

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Besut (MDB)

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Besut (MDB)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1.     Pembantu Penguatkuasa
2.     Pembantu Tadbir
3.     Penghantar Notis
4.     Pemandu Kenderaan


Cara Memohon

1.     Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDB –PS-JKP-04-R1 dengan harga RM1.00 yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Besut atau menghantar sampul surat berukuran 22 x 35 cm yang bersetem, beralamat sendiri dan wang pos bernilai RM1.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut ataupun boleh juga melayari laman sesawang Majlis Daerah Besut di http://www.mdbesut.gov.my

2.     Permohonan dari Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan termasuk Kenyataan Cuti) dan Laporan Nilaian Prestasi bagi 3 tahun terakhir selaras dengan Arahan Perintah AM Bab ‘A’ 21.

3.     Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
a.     Gambar warna berukuran passport  (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b.     1 salinan Sijil kelahiran dan kad pengenalan;
c.     1 salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di Luar Negeri Terengganu.
d.     1 salinan Sijil-sijil persekolahan yang disahkan;
e.     1 salinan dokumen yang berkaitan yang disahkan.

4.     Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Besut
Kampung Raja , 22200 Besut
Terengganu
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Oktober 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan