.

Khamis, 1 November 2012

SPP - Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41

Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

Jawatan :
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Gred :
DG41
Kementerian/ Jabatan :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan :
Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan :
Pendidikan



Berdasarkan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 5 Oktober 2012, graduan pendidikan keluaran Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menamatkan pengajian pada tahun 2012 hendaklah membuat permohonan untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 di www.jobsmalaysia.gov.my  mulai 1 November hingga 21 November 2012.

Cara Memohon

•      Bagi pengguna/pemohon yang masih belum mendaftar atau tidak mempunyai akaun di JobsMalaysia, sila Klik Disini.

•      Bagi pengguna/pemohon yang sudah mendaftar atau mempunyai akaun di JobsMalaysia, sila ikuti langkah-langkah berikut:

•      Peringatan: Sekiranya pengguna/pemohon terlupa kata laluan, sila hubungi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berhampiran.

1.     Log Masuk, di ruangan Pilihan Sektor Kerajaan pilih Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan tekan butang Kemaskini

2.     Pilih Pusat Temuduga yang berhampiran, isikan kelayakan dan jawatan yang ingin dipohon (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DGA29) dan tekan butang Berikut

3.     Dibahagian perakuan, pilih butang “Saya setuju” telah anda baca dan fahami kenyataan di ruangan tersebut.

4.     Pengemaskinian anda telah selesai sekiranya skrin memaparkan kenyataan Akuan Penerimaan. Klik cetak sekiranya mempunyai sambungan pada mesin pencetak.

Tarikh Tutup Permohonan : 22 November 2012

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pusat panggilan SPP di 03-8871 7330.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan