.

Rabu, 19 Disember 2012

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Bil
Jawatan
Gred
1.
Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Masjid Bandar/ Jajahan)
S41
2.
Penolong Pegawai Syariah
LS27
3.
Pembantu Hal Ehwal Islam (Pembantu Dakwah)
S17
4.
Juruteknik
J17
5.
Pekerja Awam (PRA)
R1


Taraf Jawatan : Tetap

Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Umur Pada Tarikh Tutup Iklan Jawatan
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Cara Memohon
•      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
•      Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
•      Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
•      Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Alamat Permohonan
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Sebelum Atau Pada : 31 Disember, 2012

Perkara Am

1.     Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
2.     Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3 ulasan:

  1. BORANG KENE ISI DALAM BAHASO JAWI, AMIK NOP..HAHAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. slm...sy bres je cz pndai tlis n bca lam bhasa jawi...he3...hrp2 dpt jwtn ni...doakn utk sy yerk...

      Padam
  2. slm.sy pom beres jgk.sbb sy pandai jawi n suke agama islam

    BalasPadam