.

Selasa, 4 Disember 2012

Jawatan Kosong Di Institut Tanah dan Ukur Negara

Jawatan Kosong Di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan sambilan di Institut Tanah dan Ukur Negara seperti berikut:-

Bil
Jawatan
Gred
1.
Penolong Jurutera
Gred J29
2.
Juruteknik
Gred J17
3.
Pembantu Tadbir (P/O)
Gred N17
4.
Tukang Masak
Gred N17
5.
Pembantu Am Pejabat Pramusaji
Gred N1


Cara Memohon Dan Tarikh Temuduga

a.         Permohonan hendaklah menggunakan Borang INSTUN yang boleh didapati terus di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia INSTUN. Calon yang terpilih akan dipanggil untuk temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :

Tarikh :          Januari 2013 (Tarikh Akan Dimaklumkan Kemudian)
Masa :            8.00 Pagi Hingga 8.15 Pagi (Pendaftaran)
Tempat :         Bilik Perbincangan Melur,
           Aras 4, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia,
           Wisma INSTUN

b.         Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil berhenti sekolah dan salinan sijil kelulusan.

c.         Salinan dokumen-dokumen yang berkenaan hendaklah dicetak di atas kertas saiz A4 dan diakui sah sama ada oleh Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja), Penghulu atau Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (dahulunya Kumpulan A).

d.         Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Seksyen PSM sebelum atau pada 12 DISEMBER 2012. Borang-borang yang gagal dikembalikan pada tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diproses.

Tarikh Tutup Permohonan: 7 Disember 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan