.

Ahad, 13 Januari 2013

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotovasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

Bil
Jawatan
Gred
1.
Jurutera Elektrik
J41
2.
Pegawai Ehwal Ekonomi
E41
3.
Pembantu Akauntan
W17
4.
Juruteknik Awam
J17
5.
Pembantu Pertanian
G17
6.
Tukang K2 (Mekanikal)
R11
7.
Tukang K3
R9
8.
Pembantu Am Pejabat
N1


Cara Mengemukakan Permohonan

a)     Borang permohonan LKPK 1 hendaklah dicetak melalui Laman Web KADA, iaitu http://www.kada.gov.my
b)     Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 3 Februari 2013. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
c)     Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Dato Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(U/P: Pengarah Bahagian Pengurusan)

d)     Permohonan yang berikut akan ditolak:-
i)      Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii)     Tidak lengkap dan tidak jelas
iii)     Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iv)    Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat

Panggilan Temuduga

a)     Hanya calon-calon yang layak selepas asas penapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
b)     Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 3 Februari 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan