.

Khamis, 28 Februari 2013

Jawatan Kosong Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Jawatan Kosong Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

Bil
Jawatan
Gred
1.
Pegawai Undang-undang
L48
2.
Pegawai Laut
A41
3.
Pegawai Undang-undang
L41
4.
Pegawai Tadbir
N41
5.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
F29
6.
Penolong Jurutera Mekanikal (Automotif)
J29
7.
Setiausaha Pejabat
N27
8.
Juruteknologi Pergigian
U29
9.
Jururawat Pergigian
U29
10.
Pegawai Kebudayaan
B17
11.
Juruteknik (Automotif)
J17
12.
Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi)
N17
13.
Pegawai Khidmat Pelanggan
N17
14.
Pembantu Tadbir Kewangan
W17


Cara Memohon

i)          Bagi permohonan jawatan Pegawai Undang-undang Gred L48, pemohon perlu mengisi borang permohonan UPNM/PEND-02 (Jawatan Bukan Akademik), Borang Pengesahan Ketua Jabatan, Borang Pengesahan Kenyataan Perkhidmatan dan Borang Tapisan Keutuhan SPRM. Borang-borang tersebut boleh di dapati di laman web http://www.upnm.edu.my .Salinan dokumen seperti di bawah yang telah disahkan perlu dilampirkan bersama borang permohonan.
ii)         Bagi permohonan jawatan lain, permohonan perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga.
iii)        Salinan dokumen seperti berikut yang telah disahkan perlu dilampirkan pada hari temuduga.
a)     Kad Pengenalan / Pasport
b)     Sijil – sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D)
c)     Skrol dan transkrip akademik yang telah diperakukan
d)     Sijil – sijil Ko-kurikulum
e)     Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemas kini
f)     Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun yang terkini
g)     Salinan slip gaji terakhir

iv)       Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan jawatan Bukan Akademik ialah pada 10 MAC 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan