.

Sabtu, 2 Februari 2013

Program Pejabat Sehari Di Bandar Gua Musang

Program Pejabat Sehari, Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai

Tarikh
:
3 Februari 2013 (Ahad)
Masa
:
9:30 pagi – 3:00 petang
Tempat
:
Bilik Mesyuarat (2),
Bangunan Persekutuan,
Gua Musang

1. Latar Belakang

Program Pejabat Sehari adalah merupakan satu pendekatan yang diambil oleh Jabatan yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat. Memandangkan di Kelantan masih terdapat beberapa kawasan yang boleh dikategorikan sebagai kawasan pendalaman maka inisiatif telah diambil oleh Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai dengan membawakan perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Tenaga Kerja kepada masyarakat setempat.  

2. Objektif Program

i.         Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat setempat
ii.        Mempromosikan aktiviti-aktiviti utama dan lain-lain perkhidmatan yang dijalankan oleh Jabatan
iii.        Meningkatkan imej Jabatan melalui kerjasama dengan pihak lain

 3. Aktiviti-Aktiviti Yang Dilaksanakan

•          Kaunter Pertanyaan dan Khidmat Perburuhan

-       Kaunter pertanyaan dan khidmat perburuhan yang disediakan menyediakan pusat sehenti (one stop centre) kepada semua pelanggan Jabatan untuk mendapatkan perkhidmatan dan nasihat perburuhan. Pegawai yang bertugas adalah terdiri daripada pegawai yang mempunyai pengetahuan berkenaan dengan perundangan buruh serta sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan secara profesional.

•          Permohonan Pekerja Asing

•          Klinik Kerjaya & Penjelasan JobsMalaysia

•          Penerangan Gaji Minima dan Umur Persaraan di sektor swasta

" semua dijemput hadir "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan