.

Ahad, 17 Mac 2013

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Bil
Jawatan
Gred
1.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
F29
2.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N17 (Lelaki Sahaja)
3.
Ahli Fotografi
B17
4.
Juruaudio Visual
N17



Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Umur Pada Tarikh Tutup Iklan Jawatan

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Cara Memohon

i)      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau memuat turun borang melalui portal Rasmi MAIK di www.e-maik.my atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii)     Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2012 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii)     Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv)    Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Alamat Permohonan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU.


Sebelum Atau Pada : 24hb. Mac, 2013

Perkara Am

a)        Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b)        Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 24 Mac 2013

5 ulasan:

  1. Kadang kadang say rasa la,xtau la silap saya,maafla skdr meluahkan,majlis agama ni kadang membongak aje lbh..bnyk kali juga sy mohon..tp xde rezki..itu sy trima tp apa yg sy tak puas ati kertas jawapan yg menyatakan permohonan telah dterima oleh pihak majlis xde pon sy trima atau dposkan ke alamat kediaman sy..jadi sy tertanya tanya dmana ltk nya ketelusan pihak majlis dlm mnjalankan tugas..borang dah la kna beli,kene pos lagi..sy berbicara atas pngalaman sy bkn atas dasar tuduh2 aje..kalaulah kata pihak majlis da buat kerja yg spatutnya sy mohon maaf mayb surat tu da msk longkang ke ape kan..harap sgt iklan yg ade bukan lah skdr mnjadikan syarat saje sdgkan mrk sdr da ade calon..mohon maaf skali lg andai sy terkasar bhs..skdr meluahkan rase..trima kaseh..

    BalasPadam
  2. Betul..sy sokong kenyataan saudara kat atas..agak tidak puas hati dan kecewa dgn sikat sesetengah pihak yang anggap benda ni masalah kecil..

    BalasPadam
  3. Betul tu, sbnrnya mereka dh ada calon yg terdiri dr keluarga terdekat mereka, bukan mahu menuduh tp ini dberitahu sndiri oleh org atasan. Semua ini hnya utk mencukupi syarat je... Bagaimana dgn nasib org yg tiada "cable" untuk kerja kerajaan?

    BalasPadam
  4. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan]...TUKAR kepada [keutamaan kepada anak beranak sahaja]

    BalasPadam
  5. aku penyokong pas tegar pun tak dapat.....allahuakhbar......

    BalasPadam