Selasa, 2 April 2013

“Walk-In Interview” Bagi Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak) Di Kementerian Luar Negeri

“Walk-In Interview” Bagi Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak) Di Kementerian Luar Negeri

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam perkhidmatan luar negeri adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak).

Jawatan :                             Pegawai Tadbir N41 (Kontrak)
Klasifikasi :                            Perkhidmatan Pentadbiran
Gred :                                  N41
Kumpulan Perkhidmatan :         Pengurusan dan Profesional

Cara-Cara Permohonan

i)      Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

a)     Curriculum-vitae;
b)     Dua (2) keping gambar berukuran pasport;
c)     Salinan Sijil / ijazah dan dokumen-dokumen sokongan; dan
d)     Satu esei di dalam Bahasa Inggeris bertajuk “Why Do You Want to Join Wisma Putra ?" dengan format seperti berikut:
•      Dokumen Microsoft Word 2003 dan ke atas;
•      "Font" : Arial bersaiz 12 ;
•      "Spacing" : 1.5 ;
•      "Paragraph" : Justified ; dan
•      Panjang jawapan tidak melebihi dua helaian kertas bersaiz A4.

ii)     Semua dokumen permohonan hendaklah dialamatkan kepada alamat di bawah atau faks ke 03-8890 2502 sebelum atau pada 15 April 2013

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Wisma Putra, No 1, Jalan Wisma Putra
Presint 2, 62602 Putrajaya, Malaysia
(U.P. Urus Setia Urusan Pengambilan – Walk In Interview)

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh dikemukakan kepada email :

Calon-calon yang layak akan dihubungi oleh Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, Kementerian Luar Negeri untuk urusan yang berkaitan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan