.

Khamis, 1 Ogos 2013

Iklan Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 Bidang Dandanan dan Terapi Kecantikan

Iklan Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 Bidang Dandanan dan Terapi Kecantikan

Individu yang memiliki kelayakan dalam bidang pengkhususan seperti di bawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29:

1.     Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Dandanan Rambut dan Terapi Kecantikan Spa; atau

2.     Diploma bidang lain yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai sijil kemahiran dalam bidang Dandanan Rambut dan Terapi Kecantikan Spa.

Semakan pengiktirafan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di eSISRAF.

Permohonan boleh dikemukakan melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my.

Tarikh tutup permohonan bagi iklan ini adalah pada 16 Ogos 2013.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8871 7405 / 7413.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan