.

Isnin, 26 Ogos 2013

Kerjaya Dalam TLDM

Kerjaya Dalam TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk
berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan
wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

Kelayakan Akademik
•      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
•      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan

Lain-Lain Syarat Kelayakan
•      Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 18 Nov 2013.
•      Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik.
•      Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
•      Syarat minima ukuran fizikal:
        Tinggi      -   162 m (Lelaki ) 160 m (Wanita),
        Berat      -   47.5 kg (Lelaki ) 46.5 kg (Wanita),
        BMI        -   18-25 (berat/ tinggi x tinggi)
        Dada      -   Biasa 76 cm, Kembang 81 cm.
•      Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.

Permohonan
•      Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online dilaman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my mulai 29 Jul 2013 hingga 31 Ogos 2013.

Tarikh Tutup  Permohonan : 31 Ogos 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan