.

Khamis, 1 Ogos 2013

Peluang Kerjaya Bersama MARA

Peluang Kerjaya Bersama Majlis Amanah Rakyat

MARA sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya kreativiti & innovasi, dan komitmen ke arah kecemerlangan pendidikan adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA.

Skim Perkhidmatan:      PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

Klasifikasi:                    PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Taraf Jawatan:              Tetap / Sementara / Kontrak

Kelayakan Bidang/ Subjek

•  Bahasa Melayu
•  Bahasa Inggeris
•  Bimbingan & Kaunseling
•  Sains (Biologi/ Fizik/ Kimia)
•  Matematik
•  Pendidikan Jasmani
•  Pendidikan Islam
•  Ekonomi
•  Keusahawanan
•  Bahasa Jepun/ Perancis/ Jerman
•  Pendidikan Senireka/ Visual
•  Komputer Sains/ Grafik
•  Kemahiran Hidup
•  Geografi
•  Sejarah/ Sivik
•  Accounting
•  International Business
•  Fiqh/ Muamalat/ Islamic Wealth
•  Pengurusan Perniagaan
•  Business Law

Setiap permohonan hendaklah dipastikan jawatan yang dipohon adalah berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).

Sila rujuk syarat-syarat permohonan jawatan di lampiran dan lengkapkan permohonan secara on-line di laman web MARA. www.mara.gov.my   


Cara Memohon:

i.      Permohonan hendaklah dibuat secara online/ atas talian yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my
ii.     Tarikh tutup permohonan pada 9 OGOS 2013
iii.     Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu: www.jpa.gov.my  dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa sesi penilaian.

Tarikh tutup permohonan :   9 OGOS 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan