.

Khamis, 3 Oktober 2013

Iklan Jawatan Kosong MAIK

Iklan Jawatan Kosong MAIK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Bil
Jawatan
Gred
1.
Pegawai Hal Ehwal Islam (Pegawai Dakwah)
Gred S41
2.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Penolong Pegawai Dakwah)
Gred S27
3.
Pembantu Hal Ehwal (Pembantu Dakwah)
Gred S17
4.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred N17
5.
Pekerja Awam (PRA)
Gred R1
6.
Pembantu Am Pejabat
Gred N1
7.
Pegawai Keselamatan
Gred KP11



Cara Memohon

i)      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1 Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii)     Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii)     Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv)    Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Alamat Permohonan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Sebelum Atau Pada : 14hb. Oktober, 2013

Perkara Am
a)     Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b)     Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


1 ulasan: