.

Rabu, 20 November 2013

Iklan Jawatan Kosong di ISN

Iklan Jawatan Kosong di ISN

Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan yang memberi perkhidmatan sains, perubatan dan teknologi sukan kepada bakat sukan daripada peringkat akar umbi sehingga melahirkan atlet bertaraf dunia melalui kaedah saintifik.

ISN dengan ini mempelawa pemohon – pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini untuk mengisi kekosongan jawatan – jawatan berikut di dalam perkhidmatan Institut Sukan Negara Malaysia.

Bil
Jawatan
Gred
Taraf Jawatan
1.
Pengarah, Jawatan Terbuka
54
Tetap
2.
Pengarah, Jawatan Terbuka
52
Tetap
3.
Pegawai Perubatan
UD43-UD54
Tetap
4.
Pegawai Penyelidik
Q41-Q54
Tetap
5.
Pegawai Pemulihan Perubatan
U48
Tetap
6.
Pegawai Dietetik
U44
Tetap
7.
Pegawai Pemulihan Perubatan
U41
Tetap
8.
Penolong Pegawai Perubatan
U36
Tetap
9.
Jurupulih Perubatan
U29
Tetap
10.
Jururawat
U29
Tetap
11.
Juru X-Ray
U29
Tetap
12.
Penolong Pegawai Perubatan
U29
Tetap
13.
Pegawai Belia Dan Sukan
S48
Tetap
14.
Pegawai Belia Dan Sukan
S44
Tetap
15.
Pegawai Belia Dan Sukan
S41
Tetap
16.
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
S38
Tetap
17.
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
S32
Tetap
18.
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
S27
Tetap
19.
Penolong Pegawai Tadbir
N27
Tetap
20.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N22
Tetap
21.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N17
Tetap
22.
Pembantu Belia Dan Sukan
S17
Tetap
23.
Pemandu Kenderaan
H11/14
Tetap
24.
Juruteknik Komputer
FT17
Tetap
25.
Pegawai Khidmat Pelanggan
N17
Kontrak


i.      Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang telah disediakan.  Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.

ii.     Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan, LNPT atau Laporan Nilaian Prestasi  (jika ada) dan  Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (jika ada)  hendaklah dikemukakan kepada:

Cawangan Sumber Manusia
Institut Sukan Negara
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Sri Petaling
Kuala Lumpur

Catatan Tambahan

a)     Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b)     Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
c)     Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Institut Sukan Negara.
d)     Tarikh tutup permohonan adalah pada selewat-lewatnya 29 November 2013 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Butiran Lanjut & Syarat - Syarat Jawatan
Butiran lanjut boleh dimuat turun dari laman web ISN di pautan:

Borang Permohonan
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web ISN di pautan:


2 ulasan: