.

Selasa, 24 Disember 2013

Jawatan Kosong Di Ranhill Water Services Sdn Bhd, Kelantan

Jawatan Kosong Di Ranhill Water Services Sdn Bhd (Projek Air Kelantan Sdn Bhd)

Ranhill Water Services Sdn Bhd sebuah organisasi yang kukuh mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan-jawatan (secara kontrak) berikut di Kelantan:

No
Jawatan
Kelayakan
1
Juruteknik NRW
-   Lelaki berusia dalam lingkungan 23 – 30 tahun.
-   Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam atau mana-mana yang berkaitan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
-   Mempunyai minimum 1-2 tahun pengalaman bekerja.
-   Memiliki sekurang-kurangnya kredit di dalam Bahasa Melayu, Matematik dan  satu  matapelajaran lain di peringkat SPM
-   Mahir dalam mengendalikan komputer (Ms Word & Ms Excel)
-   Boleh menyelia dan bekerja secara berkumpulan dan mahir menyelesaikan masalah

2
Pembantu Lapangan
-   Lelaki berusia dalam lingkungan 21 – 30 tahun
-   Memiliki sekurang-kurangnya SPM dengan kredit di dalam Bahasa Melayu dan mana-mana satu mata pelajaran lain dan sekurang-kurangnya lulus Matematik  
-   Mempunyai minimum setahun pengalaman bekerja.
-   Mahir dalam mengendalikan komputer (Ms Word & Ms Excel)
-   Boleh bekerja dalam kumpulan dan mahir mengendalikan masalah di tapak


Kelayakan Umum

1.     Faham dan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan
2.     Mempunyai lesen memandu kelas B2 dan D yang sah
3.     Sanggup ditempatkan dan dipindahkan di luar kawasan samada dalam atau luar negeri sekiranya diperlukan

Cara Memohon

Calon yang ingin memohon sila hantar Resume Tuan/ Puan ke norazah@rws.com.my dengan segera

Sila sertakan dokumen berikut:
1.   Resume
2.   Salinan sijil berkaitan
3.   Gambar berukuran passport.

(Hanya calon yang menepati syarat-syarat di atas dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan