.

Isnin, 28 April 2014

Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang

Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

(A)     Jawatan                          : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
(B)     Gred Jawatan                   : E27
(C)     Kumpulan Perkhidmatan      : Pelaksana
(D)     Taraf Jawatan                  : Tetap
(E)     Gred Gaji                         : Minimum – RM 1,362.00 Maksimum – RM 5,092.00

Bidang Tugas

Merancang, mengurus, mentadbir dan mengendalikan Pertubuhan Peladang diperingkat kawasan yang meliputi tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan projek, pemasaran hasil pertanian, pengurusan pertubuhan dan melapor kepada Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri.

Syarat-syarat Lantikan

1.       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)     warganegara Malaysia;
(b)     berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)      (i)       Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Kelayakan ini untuk anggota lantikan LPP sahaja). (Gaji permulaan ialah pada Gred E27: RM 1,662.00); atau

(ii)      Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
a)       Pertanian
b)       Perladangan
c)       Perakaunan
d)       Pengurusan Perniagaan
e)       Veterinar
f)        Perikanan
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: RM 1,738.00);dan

(d)     lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tempoh Percubaan

Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

Cara Memohon:

(i)       Bagi Calon-Calon Luar LPP

(a)    Permohonan dari calon-calon luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah dibuat melalui laman web Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsMalaysia.gov.my
(b)    Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke Lembaga Pertubuhan Peladang.
(c)    Setiap pemohon hanya boleh memohon satu (1) jawatan sahaja.

(ii)      Bagi Anggota Lantikan LPP

Permohonan dari kalangan “staff” LPP hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman web LPP (http://www.lpp.gov.my) dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat. Pemohon tidak perlu mendaftar di laman web JobsMalaysia.

Permohonan dihantar terus kepada:

Ketua Pengarah
Lembaga Pertubuhan Peladang
Menara LPP
No.20, Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh Iklan : 21 April 2014 (Isnin)

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Mei 2014 (Isnin)



1 ulasan: