.

Selasa, 1 April 2014

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Pelajaran

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :-


Bil
Jawatan
Gred
1
Pemandu Kenderaan
Gred H11
2
Pembantu Operasi
Gred N11

Syarat Lantikan untuk jawatan Pemandu Kenderaan:

a)     Warganegara Malaysia;
b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)     (i)     Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
        (ii)    lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
        (iii)   berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
d)     Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
•      Lesen D          - RM 896.15
•      Lesen E/E1/E2 -  RM 942.30
•      Lesen F/H        - RM 988.45
•      Lesen G/I        - RM 1,034.60
e)     Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Tetap

Jawatan : Pembantu Operasi

Syarat Lantikan untuk jawatan Pembantu Operasi:

a)     warganegara Malaysia;
b)     berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)     (i)     Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
        (ii)    PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)].
d)     (Gaji permulaan ialah pada Gred N11:RM894.14).
e)     kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Tetap

Cara Memohon

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 April 2014.

Urusan pengambilan akan dijalankan berdasarkan maklumat kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan hanya calon yang melepasi asas tapisan akan dipanggil temu duga. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8871 7300.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan